Latar Belakang

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju menubuhkan suatu Suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Suruhanjaya ini adalah untuk menyiasat pendatang asing di Sabah. Suruhanjaya dikehendaki untuk menyelesaikan siasatannya dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh 21 September 2012 selaras dengan penubuhan Suruhanjaya ini dan laporannya akan di persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.